Friday, 19 October 2012

Sebulan di Bumi Mesir.. ^^


Alhamdulillah, sedar x sedar dah hampir 4 minggu aku slamat smpai k bumi mesir ne. Mesir yg terkenal dgn gelaran ardhul kinanah, bumi para anbiya’, bumi para ulama, dan macam2 lagi. Cuacanya pun memang lain sangat dengan Malaysia. Para pelajar tajaan bawah jabatan zakat ditempatkan di asrama rumah kedah di hayyu sabi’. Alhamdulillah, asramanya memang sangat2 selesa. cuma kadang-kadang je ada masalah air. Aku ditempatkan di tingkat 6 atau syaqqah 6. 1 tingkat tu ada 12 penghuni. Ada 5 bilik, 3 bilik air, dan 1 dapur yg lengkap dgn segala prasarananya. Asrama ne ada 12 tingkat. Dan ada lif, naseb baek, kalau tidak, huh! Memang penat nak naik turun tangga tambahan lagi dengan keadaan lutut aku yg x brapa baik. Huhu.. kami para pelajar baru ni sepatutnya dikuarantinkan selama 3 hari dari keluar ke mana2 dan mandi. Tapi, malam hari kedua pun kami dah keluar berjalan2 ke hayyu ‘asyir. Senior2 kami memang baik2 hati belaka. Sampai ada yg kata senior2 baik macam malaikat! Alhamdulillah.. bersyukur dipertemukan dgn orang2 macam mereka.

 Selama seminggu kami di sini hanya berehat sahaja. Kuliah bermula pada minggu kedua. Para lecturer semuanya baik-baik. Jarak antara universiti dan rumah penginapan boleh tahan jauh. Kalau jalan x jam, blehlah sampai dalam 15 minit, tapi, kalau jalan jam, memang setengah jam la jugak. Dan, kalau time balik petang2 memang ambik masa hampir sejam la jugak untuk sampai ke rumah. 

Pengangkutan di sini terdiri daripada bas, teksi, metro, dan tremco. Aku dan kawan2 selalunya naik tremco sebab x perlu bersesak macam bas dan murah. Makanan pulak, alhamdulillah, memang tak ada masalah. Aku memang lalu makan sungguh kat sini. Nasi? Tak ada masalah. Hari-hari boleh makan nasi, tapi makan malam jelah. Nasi dan lauk pulak dimasak sendiri. Ada jadual masak kat rumah aku ne. Tengahari di universiti, makan roti ja. Hmm.. roti arab, very delicious, roti yang selalu makan ialah syawirma (paling aku suka), tha’miah, kreeb, dan kaarib batatis (kentang goreng). Kalau lapar sangat time makan tengahari, beli je nasi dari cafe-cafe orang melayu di sini. Ada je. Nasi goreng ayam la pilihan aku, 8 genih je.

Tempat2 yang sudah dilawati? None! Haha.. disebabkan masalah kesihatan yang membabitkan lutut, aku mengehadkan diri aku untuk berjalan jauh. Kawan2 aku sudah berjalan ke makam2 ulama di sini termasuk makam imam Hassan al-Banna dan Sayyidah Nafisah, minggu depan pulak diorang nak pergi jaulah ke piramid Giza, kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan Masjid Salahuddin al-Ayubi. Aku tak terkilan sangat sebab InsyaAllah aku merancang untuk pergi berjalan taun depan je, time musim cuti panas. 

Kuliah? Alhamdulillah, sekarang dah nak masuk minggu ke-3 kuliah start. Mula-mula nak faham slang english-arab lecturer susah la jugak. Tapi lama-lama boleh la biasa dengan telinga. Lecturer semuanya baik sangat. Sangat menggalakkan student untuk bertanya. Cuma aku ja yang malu nak bertanya, haha, kadang-kadang tu macam tak tau apa yang nak ditanya. Mean, tak faham apa yang diajar la. Haha.. mula-mula susah la jugak nak faham pelajaran, u know, medical subject. Agak sukar la. Tapi lama-lama bolehla bawak. Ok ja.. xdak la susah sangat. Cuma banyak jugak la fakta yang nak dihafal. Alhamdulillah stress tu tak adalah. Happy ja. Untuk first year ni ada 4 subjek, phyisiology, anatomy, histology, dan biochemistry. Haha.. walau ada 4 subjek je, tapi, subtopicnya sangatlah banyak. 1 buku pun tebal lebih kurang buku biology SPM. 1 taun belajar macam ambik SPM. Standard la kan, zaman U.. but, actually, belajar medik ni best aje. Tengok senior-senior, takde lagilah aku jumpa yang muka tension ke ape, suma muka berseri je. Siap ada yang aktif berpersatuan lagi. Persatuan? Hm.. maybe taun 3/4 nanti kut. Tengoklah.

Saat baru menjejakkan kaki di bumi Mesir.. :))

Pemandangan dari hadapan rumah waktu siang

Pemandangan di hayyu Sabi' dari hadapan rumah waktu malam

Cakap arab? Haha.. masih lagi tak reti.. setakat nak naik tremco dan beli barang/makanan tu retilah cakap sikit-sikit. Lagipun orang mesir ni diorang cakap ‘ammi, aku try cakap fushah pun, boleh diorang tak faham. Pelik jugak aku. Orang kata, kalau cakap fushah dengan pak arab, diorang gelak, ini tak, faham pun tak. Aneh sungguh. Aku teringin jugak nak masuk kelas bahasa arab, tapi, masa tak mencukupi. Maybe time cuti semestar nanti. insyaAllah. Lagi satu, bertuah sungguh duduk mesir, senang nak hadiri kuliah dengan syeikh-syeikh besar. Walau tak faham 100% bahasa arab, tapi, boleh la faham banyak jugak. Nasib baik syeikh2 sini mengajar dalam fushah, bolehlah faham. Kalau ‘ammi, tobat aku tak faham! Haha..