Wednesday, 15 August 2012

Beberapa Perlembagaan Persekutuan

PERKARA 3: agama Islam agama rasmi
PERKARA 14: Kewarganegaraan
PERKARA 152: Bahasa Melayu bahasa Persekutuan
PERKARA 153: Hak Keistimewaan orang Melayu. Perizaban quota, pendidikan, dll.
PERKARA 181: Pengecualian dakwaan bagi Raja2 Melayu


PERKARA 182: Mahkamah Khas
PERKARA 32: Yang diPertuan Agong
PERKARA 38: Majlis Raja2 memilih YDP
PERKARA 39: Kuasa Pemerintah Persekutuan. YDP>Jemaah Menteri
PERKARA 43: Jemaah Menteri (sistem perlantikan)
PERKARA 45: YDP lantik ahli dewan negara
PERKARA 132: Perkhidmatan Awam


PERKARA 161(A): Kedudukan istimewa bumiputera Sabah&Sarawak



Monday, 13 August 2012

Kem Bina Negara, Kulim


Aku baru balik 3 hari yg lalu dari Kem Bina Negara, Kulim. Sekarang ni kerajaan dah wajibkan untuk bakal mahasiswa yang nak pergi ke oversea untuk hadiri kem Biro Tatanegara. Lebih kurang PLKN la. Cuma kem ne ada 5 hari ja. Tujuan utama kem ni ialah mananam semangat patriotik dan cintakan negara dalam diri peserta. Tapi di sebalik tu, diorang sebenarnya nak brainwash peserta supaya menyokong UMNO dan membenci kemungkinan untuk Cina jadi PM Malaysia. Haha.. PRU dah nak dekat, tu yang jadi macam tu.. geng2 Medik Zakat dihantar ke sana dengan 2 biji van. Sejam setengah perjalanan memang tak terasa lansung. Peserta kursus tu ada la 111 orang. Ramai jugak. Nasib baik diorang buat kem ne bulan puasa, so, xdelah aktiviti berat2 sgt. Tmbhn lagi aku ni pergi dengan keadaan sakit lutut yang baru 2 minggu terseliuh. 

2 hari pertama tu banyak ceramah je. Aktiviti PKPK ataupun LDK dibuat pada hari ke-3 dan ke-4. Hari last ada ujian. Ok, time ceramah ok lah lagi, bila dah masuk aktiviti PKPK memang penat sungguh otak diperahnya. Hari ke-2, para fesi bahagikan peserta kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan puratanya 11 orang. Group aku group ke-8. 4 orang lelaki 7 orang perempuan. Budak kelas aku pun group aku jugak sorang. Kitorang diberi kelas diskusi group masing2. Memang penat la, ada 4 sesi sehari. 1 sesi pulak 2 jam. Fesi aku cakap x berenti tau. Dah la percakapan dia penuh dengan isi. Memang terbaik lah. Sesi ceramah diselang-selikan dengan aktiviti LDK. Kena bahagi group, bincang untuk selesai masalah, bentangkan hasil perbincangan, macam biasalah. Maksud aku yang penat otak kat sini, yalah, fesi ni sentiasa memberi dan menekankan isu2 Melayu, perkauman sikit, pasal UMNO, pasal PKR, politik, dan macam2 lagilah. Jenuh untuk otak aku nak convert balik suma maklumat2 ne supaya x dicerna otak aku. Cukup diambil sebagai fakta sahaja. Haha.. bayangkan, macam korang terpaksa belajar sesuatu yang x dapat diterima otak korang, but, still u have to put it in ur brain. Ha, macam mana? Mesti penat kan? Sesuatu yang x dapat diterima tapi harus disimpan. Macam tulah perumpamaannya. Tapi aku still respek fesi aku ni sebab dia seorang yang dapat menerima dan menghargai  pandangan setiap peserta. So, kitorang x rasa takut dan tertekan untuk menyampaikan pandangan masing2. Kebanyakannya memang hipokrit habislah bila ditanya mengenai pemimpin pilihan akan datang. Haha.. ok, Najib Abdul Razak jugak The Best.

Aku pun, dari yang segan2 alah nak bercakap, ntah kenapa, time PKPK tu, memang jadi x segan dah. Aku cakap je apa yang terlintas dalam otak aku. Kawan aku cakap idea aku hebat. Hahaha.. ntahlah, merapu je banyak. Ok, cukup takat PKPK. Dari segi ikhtilat antara lelaki perempuan tu pulak, bagi aku, still lagi terkawal. Lagipun, semua orang nampak macam pro je, x delah yang nampak gatal lebih ke apa. Oklah. Bakal mahasiswa katakan. Haha.. Cuma, banyakla aktiviti dalam 1 group. Perbarisan sekali, makan 1 meja, time PKPK, time kuiz terakhir. Cuma naseb  baek kat meja makan tu perempuan kiri, lelaki kanan. Oklah. Mm.. ujian dia plak, 60 soalan OMR. Untuk lulus kursus ni dan untuk ke luar negara merangkumi 40% dari ujian OMR dan 60% dari aktiviti PKPK. So, korang memang kena aktiflah dalam PKPK tu, x boleh duduk diam je. Harap2 aku lulus, lagipun bagi aku, ujian dia biasa2 ja, x susah pun.

Dari segi prasarana kat tempat tu, (KBN Kulim) ok sangat, bilik air cantik, dorm pon ok, kantin pun ok, dewan dia agak canggih, dengan 3 LCD besar. Oklah. Memuaskan jugak. Kawan2 baru pun ramai jugak dapat. Hm.. bila dah balik rumah ni, kadang2, teringat jugak la kt diorang. Background dr pelbagai sekolah, memang x semua aku ingat. Adalah dalam 20 orang kut. Haha.. yang kawan lain jenis tu pun ada la jugak teringat sorang dua. Hahaha.. aku kagum jugak dengan sorang dua budak laki ni, diorang punya ucapan, memang mantap2. Style pun ada jugak. Oklah, bakal2 ustaz dan doktor semua, memang lah kena hebat2. Mantap2. Balik hari jumaat tu, memang tidur dari awal perjalanan sampai lah ke pejabat zakat. Penat sangat. Adalah aku tunggu dalam dkat sejam baru ayah aku ambil. 2 hari jugaklah aku qadha tidur kat umah. 5 hari di kem memang x cukup tidur. Sehari dalam 3-4 jam lebih je. Muka aku ne, x payah cakaplah memang ketara sangat muka orang penat. Hilang keayuan. Haha..

 ne group aku
gambar yg disnap curik2 time suma fesi x sedar dari belakang..^^

Saturday, 4 August 2012

Ukhuwah itu manis~



Selalu aku teringat zaman sekolah menengah dulu. Apabila aku berbaring di katil, aku selalu terfikir, alangkah nikmatnya berada di rumah, banyak masa lapang berbanding di sekolah, sentiasa sibuk ke hulu ke hilir, terutamanya pada tahun SPM. Mujurlah aku bukan seorang yang aktif dalam sukan, aku hanya berminat dengan aktiviti persatuan. Ketika tahun aku SPM, aku ada 3 jawatan persatuan (sikit berbanding kebanyakan kawan2 aku yg rata2 memegang banyak jawatan)  dalam Kelab Astronomi, Kelab Multimedia dan Komputer serta Badan Pendidikan Islam. Tapi bagi aku aktiviti di sekolah takdelah membebankan macam aktiviti di asrama. Tupun nasib baik di asrama jawatan aku AJK ja banding semua kawan2 aku yg  berjawatan EXCO n MT. Budak asrama dan BDK selalunya memang memegang banyak jawatan di sekolah. Kawan asrama aku sendiri pun ada 6/7 orang yang memegang jawatan pengerusi kelab di sekolah. Memang sibuk. Minggu pertama dalam tahun 2011 pun kami senior2 form5 dah busy plan program untuk adik2 form1. Aktiviti sepanjang tahun memang terlalu banyak. Tapi aku tak kisah, sebab apabila buat ramai2, itulah masanya ukhuwah kami semua bertambah rapat. Dengan sikap mereka yang gila-gila dan happy walau dalam keadaan yang stress dengan tekanan untuk menyiapkan kerja, semua kerja terasa mudah. Sungguh, susah bagi aku mencari kawan yang sekepala, sefikrah, yang ukhuwahnya mengkagumkan aku, macam mereka semua. Walaupun aku baru ‘masuk’ dengan mereka tahun itu, memang aku sayangkan mereka semua. Banyak benda yang aku belajar dari mereka.

Ukhuwah kami batch 94 asputri semakin rapat ketika SPM. Sewaktu itu, kami kena duduk di Asdahana untuk memudahkan pengurusan pihak asrama. Waktu itu, alhamdulillah dengan rahmatNya, aku lansung tak merasa stress sepanjang SPM. Dengan sokongan kawan-kawan, belajar bersama-sama, makan bersama-sama, tidur bersama-sama, buang masa pun bersama-sama (menonton TV, khatam drama korea, haha..), pergi balik sekolah bersama-sama, dan juga sokongan keluarga, aku dapat menjalani SPM dengan tenang tanpa ada masalah. Masih kuingat seusai saja paper Biology dan Chemistry jam 4.00 ptg pada minggu ketiga SPM, aku dan 5 orang kawan-kawanku terus naik bas ke Alor Setar konon untuk release tension. Memang rasa lega yang amat bila dah selesai paper yang paling susah tu selepas penat berhempas pulas study lebih seminggu. Kami shopping dalam City Plaza dari tingkat bawah sampai atas sekali dalam uniform sekolah lengkap. Sejam saja kami shopping, terus kami balik asrama. Pada minggu terakhir SPM, kami ramai-ramai buat rombongan ke rumah warden asrama di Kuala Muda. Selesai menikmati jamuan tengahari, kami dijemput pula oleh bekas mak cik kantin asrama ke rumahnya. Rasa macam raya pulak. Dekat 6 buah rumah kami ziarahi hari itu. Pertama kali dalam hidup aku juga waktu itu kak Ina dan Mak Su ajak kami semua naik jambatan Kuala Muda jam 7.00  malam. Pemandangan waktu tu memang sangat cantik dengan kapal-kapal di kuala.  Kami balik hampir jam 8.30 malam lepas solat maghrib sebab kelewatan bas. Nasib baiklah kami tak kena marah dengan warden. Pelbagai kenangan indah yang kami lakarkan bersama ketika itu tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Mereka telah mengajar aku erti ukhuwwah fi sabilllah. Tekanan pembelajaran, asrama, masalah adik-adik, masalah sendiri, tekanan untuk menjadi yang terbaik, pressure ketika mengendali sesebuah program, dan segala susah senang yang kami hadapi bersama berjaya mematangkan kami. Masih kuingat kata2 ketua asrama kami, “masa form 1 atau form 2, kita cenderung bergaduh sesama sendiri, yalah, fikiran masih tak matang, bila naik form 3, sudah mula bergang, form 4, masih selalu berselisih faham, tapi masa ni kita akan mula lebih mengenali kawan-kawan kita kerana mula berkerjasama dalam sesuatu program. Dan bila form 5, kita dah jadi tak kisah kerana kita dah kenal baik buruk mereka. Masa ni jugalah ukhuwah semakin rapat.” Memang benar kata-katanya tu.

Selepas perpisahan lebih 3 bulan, kami bertemu kembali time ambil result SPM. Macam2 perasaan ada waktu nak pergi sekolah tu, nak kata nervous sangat pun x jugak, relax la jugak. Haha.. ntahlah... Aku pakai serba pink ari tu. Saja.. favourite colour aku selepas aku berkawan dengan Rahmah yang sukakan pink. Dari atas sampai bawah semua pink. Jubah je hitam. Aku sampai lewat sikit, kawan2 asrama aku kutuk aku pakai pink. Haha.. biasalah tu. Alhamdulillah.. aku dapat 9A2B SPM 2011. Paling bermakna bila aku terima ucapan tahniah dari mama aku, macam terharu sikit time tu. Paling aku gembira bila aku dapat tahu yang kebanyakan kawan-kawan asrama dapat result yang cemerlang. Aku kagum dengan mereka semua kerana mereka mampu untuk berjaya walau dihimpit kesibukan dan pressure sepanjang tahun. Aku x mention stress di sini kerana mereka hadapi semua tekanan dengan tabah dan ceria. Dan alhamdulillah gang study group aku dapat elok2 semua. Aku, Ida, dan Syifa, dapat 9A, macam kebetulan pulak. Smntara Pah dan Afza dapat 6A dan 5A. Kira oklah tu kan. Kebanyakan dari mereka dah menyambung pelajaran ke universiti, ada yang ambil STAM dan STPM, ada jugak yang masuk matrik. Kawan baik aku di sekolah pulak masuk KITAP, seorang lagi masuk matrik. Teruja jugak mendengar cerita2 mereka yang baru menempuh alam universiti.. huhu.. macam manalah aku nanti..

Sebulan lagi-----

Masih ada lebih kurang sebulan lagi untuk aku fly ke Mesir. :’( sedih ada gembira pun ada. Sedih sebab akan meninggalkan family gembira sebab akan menempuhi dunia baru. Hampir setahun aku bercuti bermula selepas selesai SPM. Masa seakan berlalu terlalu cepat. Kadang-kadang aku terfikir, adakah aku telah menggunakan masa cutiku dengan sebaiknya? Rasanya aku banyak makan tidur ja. Tapi aku memang puas hati kerana walau aku tidak ke mana-mana sangat cuti ini seperi bekerja sambilan ataupun mengikuti kursus-kursus, aku memiliki banyak masa lapang dengan keluargaku. Yalah, sebelum ini aku duduk di asrama, balik bercuti pun 2 minggu sekali ataupun sebulan sekali menjelang SPM. Bila aku balik, mama aku memang tak banyak menyuruh aku melakukan kerja rumah (masak pun tak reti lansung!). Tambahan pula aku sering kali pulang dengan membawa kerja sekolah yang bertimbun ataupun kerja persatuan. Memang aku tak ada masa lansung untuk menolong mama aku. Ada pun cuma kalau mama aku mendesak, barulah aku akan lakukan. Nasib baik aku memiliki 2 orang adik perempuan yang rajin menolong. sebab itu aku bertekad untuk menolong mama aku sepenuhnya ketika cuti selepas SPM. Alhamdulillah, aku dah mula pandai memasak (tapi satu resepi pun aku tak menghafal, semuanya belajar dari buku). Nasib baiklah aku memang suka mencuba resepi.

Pada awal cuti memang aku kadang-kadang merasa agak tertekan kerana tidak ke mana-mana apabila mendengar ramai kawan-kawan aku yang bekerja dan mengikuti kelas JPJ untuk lesen kereta dan motor. Tetapi memandangkan kesihatan aku sendiri yang tidak mengizinkan membantutkan keinginan aku untuk pergi ke mana-mana. Mungkin setiap perkara itu ada hikmahnya, lagipun aku berazam untuk berbakti sebaik mungkin pada kedua ibubapaku memandangkan selepas ini aku mungkin akan berjauhan dengan mereka. Sedih pula mengenangkannya. Selepas ini aku akan pergi jauh dan semakin berkuranglah masa yang aku ada bersama keluarga.



`Sekurang-kurangnya aku dapat mencurahkan kasih sayang pada adikku yang bongsu (berumur setahun lebih). Keletahnya yang sangat-sangat nakal seringkali menghiburkan hati kami sekeluarga. Pandai mengusik orang, suka kacau orang tidur, suka menyepahkan buku, pandai buat muka cute, semua karenahnya bakal aku rindui nanti. Dapat melihat dia membesar di hadapan mataku pun dah cukup, bermula umurnya 7 bulan seusai aku selepas SPM, sehinggalah dia berumur setahun lebih, pelbagai ragamnya sering mencuit hatiku. Adakah dia akan mengingatiku selepas 6 tahun kemudian? Entahlah.. aku harap semua adik-adikku berjaya menjadi insan yang bertaqwa. Seringkali aku berpesan kepada abahku terutama untuk adik lelaki sulungku yang sedang meningkat remaja, ialah, zaman sekarang ni, cubaan untuk mendidik anak semakin mencabar. Aku sendiri pun rasanya memang belum menjadi seorang anak yang benar-benar solehah.