Aku baru balik 3 hari yg lalu dari Kem Bina Negara,
Kulim. Sekarang ni kerajaan dah wajibkan untuk bakal mahasiswa yang nak pergi
ke oversea untuk hadiri kem Biro Tatanegara. Lebih kurang PLKN la. Cuma kem ne
ada 5 hari ja. Tujuan utama kem ni ialah mananam semangat patriotik dan
cintakan negara dalam diri peserta. Tapi di sebalik tu, diorang sebenarnya nak
brainwash peserta supaya menyokong UMNO dan membenci kemungkinan untuk Cina
jadi PM Malaysia. Haha.. PRU dah nak dekat, tu yang jadi macam tu.. geng2 Medik
Zakat dihantar ke sana dengan 2 biji van. Sejam setengah perjalanan memang tak
terasa lansung. Peserta kursus tu ada la 111 orang. Ramai jugak. Nasib baik
diorang buat kem ne bulan puasa, so, xdelah aktiviti berat2 sgt. Tmbhn lagi aku
ni pergi dengan keadaan sakit lutut yang baru 2 minggu terseliuh.
2 hari pertama tu banyak ceramah je. Aktiviti PKPK
ataupun LDK dibuat pada hari ke-3 dan ke-4. Hari last ada ujian. Ok, time
ceramah ok lah lagi, bila dah masuk aktiviti PKPK memang penat sungguh otak
diperahnya. Hari ke-2, para fesi bahagikan peserta kepada 10 kumpulan. Setiap
kumpulan puratanya 11 orang. Group aku group ke-8. 4 orang lelaki 7 orang
perempuan. Budak kelas aku pun group aku jugak sorang. Kitorang diberi kelas
diskusi group masing2. Memang penat la, ada 4 sesi sehari. 1 sesi pulak 2 jam.
Fesi aku cakap x berenti tau. Dah la percakapan dia penuh dengan isi. Memang terbaik
lah. Sesi ceramah diselang-selikan dengan aktiviti LDK. Kena bahagi group,
bincang untuk selesai masalah, bentangkan hasil perbincangan, macam biasalah.
Maksud aku yang penat otak kat sini, yalah, fesi ni sentiasa memberi dan
menekankan isu2 Melayu, perkauman sikit, pasal UMNO, pasal PKR, politik, dan
macam2 lagilah. Jenuh untuk otak aku nak convert balik suma maklumat2 ne supaya
x dicerna otak aku. Cukup diambil sebagai fakta sahaja. Haha.. bayangkan, macam
korang terpaksa belajar sesuatu yang x dapat diterima otak korang, but, still u
have to put it in ur brain. Ha, macam mana? Mesti penat kan? Sesuatu yang x
dapat diterima tapi harus disimpan. Macam tulah perumpamaannya. Tapi aku still
respek fesi aku ni sebab dia seorang yang dapat menerima dan menghargai pandangan setiap peserta. So, kitorang x rasa
takut dan tertekan untuk menyampaikan pandangan masing2. Kebanyakannya memang
hipokrit habislah bila ditanya mengenai pemimpin pilihan akan datang. Haha..
ok, Najib Abdul Razak jugak The Best.
Aku pun, dari yang segan2 alah nak bercakap, ntah kenapa,
time PKPK tu, memang jadi x segan dah. Aku cakap je apa yang terlintas dalam
otak aku. Kawan aku cakap idea aku hebat. Hahaha.. ntahlah, merapu je banyak.
Ok, cukup takat PKPK. Dari segi ikhtilat antara lelaki perempuan tu pulak, bagi
aku, still lagi terkawal. Lagipun, semua orang nampak macam pro je, x delah
yang nampak gatal lebih ke apa. Oklah. Bakal mahasiswa katakan. Haha.. Cuma,
banyakla aktiviti dalam 1 group. Perbarisan sekali, makan 1 meja, time PKPK,
time kuiz terakhir. Cuma naseb baek kat
meja makan tu perempuan kiri, lelaki kanan. Oklah. Mm.. ujian dia plak, 60
soalan OMR. Untuk lulus kursus ni dan untuk ke luar negara merangkumi 40% dari
ujian OMR dan 60% dari aktiviti PKPK. So, korang memang kena aktiflah dalam
PKPK tu, x boleh duduk diam je. Harap2 aku lulus, lagipun bagi aku, ujian dia
biasa2 ja, x susah pun.
Dari segi prasarana kat tempat tu, (KBN Kulim) ok sangat,
bilik air cantik, dorm pon ok, kantin pun ok, dewan dia agak canggih, dengan 3
LCD besar. Oklah. Memuaskan jugak. Kawan2 baru pun ramai jugak dapat. Hm.. bila
dah balik rumah ni, kadang2, teringat jugak la kt diorang. Background dr
pelbagai sekolah, memang x semua aku ingat. Adalah dalam 20 orang kut. Haha..
yang kawan lain jenis tu pun ada la jugak teringat sorang dua. Hahaha.. aku
kagum jugak dengan sorang dua budak laki ni, diorang punya ucapan, memang
mantap2. Style pun ada jugak. Oklah, bakal2 ustaz dan doktor semua, memang lah kena
hebat2. Mantap2. Balik hari jumaat tu, memang tidur dari awal perjalanan sampai
lah ke pejabat zakat. Penat sangat. Adalah aku tunggu dalam dkat sejam baru
ayah aku ambil. 2 hari jugaklah aku qadha tidur kat umah. 5 hari di kem memang
x cukup tidur. Sehari dalam 3-4 jam lebih je. Muka aku ne, x payah cakaplah
memang ketara sangat muka orang penat. Hilang keayuan. Haha..
No comments:
Post a Comment