Masih ada lebih kurang sebulan lagi untuk aku fly ke Mesir. :’( sedih ada gembira pun ada. Sedih sebab akan meninggalkan family gembira sebab akan menempuhi dunia baru. Hampir setahun aku bercuti bermula selepas selesai SPM. Masa seakan berlalu terlalu cepat. Kadang-kadang aku terfikir, adakah aku telah menggunakan masa cutiku dengan sebaiknya? Rasanya aku banyak makan tidur ja. Tapi aku memang puas hati kerana walau aku tidak ke mana-mana sangat cuti ini seperi bekerja sambilan ataupun mengikuti kursus-kursus, aku memiliki banyak masa lapang dengan keluargaku. Yalah, sebelum ini aku duduk di asrama, balik bercuti pun 2 minggu sekali ataupun sebulan sekali menjelang SPM. Bila aku balik, mama aku memang tak banyak menyuruh aku melakukan kerja rumah (masak pun tak reti lansung!). Tambahan pula aku sering kali pulang dengan membawa kerja sekolah yang bertimbun ataupun kerja persatuan. Memang aku tak ada masa lansung untuk menolong mama aku. Ada pun cuma kalau mama aku mendesak, barulah aku akan lakukan. Nasib baik aku memiliki 2 orang adik perempuan yang rajin menolong. sebab itu aku bertekad untuk menolong mama aku sepenuhnya ketika cuti selepas SPM. Alhamdulillah, aku dah mula pandai memasak (tapi satu resepi pun aku tak menghafal, semuanya belajar dari buku). Nasib baiklah aku memang suka mencuba resepi.
Pada awal cuti memang aku kadang-kadang merasa agak tertekan kerana tidak ke mana-mana apabila mendengar ramai kawan-kawan aku yang bekerja dan mengikuti kelas JPJ untuk lesen kereta dan motor. Tetapi memandangkan kesihatan aku sendiri yang tidak mengizinkan membantutkan keinginan aku untuk pergi ke mana-mana. Mungkin setiap perkara itu ada hikmahnya, lagipun aku berazam untuk berbakti sebaik mungkin pada kedua ibubapaku memandangkan selepas ini aku mungkin akan berjauhan dengan mereka. Sedih pula mengenangkannya. Selepas ini aku akan pergi jauh dan semakin berkuranglah masa yang aku ada bersama keluarga.
`Sekurang-kurangnya aku dapat mencurahkan kasih sayang pada adikku yang bongsu (berumur setahun lebih). Keletahnya yang sangat-sangat nakal seringkali menghiburkan hati kami sekeluarga. Pandai mengusik orang, suka kacau orang tidur, suka menyepahkan buku, pandai buat muka cute, semua karenahnya bakal aku rindui nanti. Dapat melihat dia membesar di hadapan mataku pun dah cukup, bermula umurnya 7 bulan seusai aku selepas SPM, sehinggalah dia berumur setahun lebih, pelbagai ragamnya sering mencuit hatiku. Adakah dia akan mengingatiku selepas 6 tahun kemudian? Entahlah.. aku harap semua adik-adikku berjaya menjadi insan yang bertaqwa. Seringkali aku berpesan kepada abahku terutama untuk adik lelaki sulungku yang sedang meningkat remaja, ialah, zaman sekarang ni, cubaan untuk mendidik anak semakin mencabar. Aku sendiri pun rasanya memang belum menjadi seorang anak yang benar-benar solehah.
No comments:
Post a Comment