Saturday, 4 August 2012

Ukhuwah itu manis~



Selalu aku teringat zaman sekolah menengah dulu. Apabila aku berbaring di katil, aku selalu terfikir, alangkah nikmatnya berada di rumah, banyak masa lapang berbanding di sekolah, sentiasa sibuk ke hulu ke hilir, terutamanya pada tahun SPM. Mujurlah aku bukan seorang yang aktif dalam sukan, aku hanya berminat dengan aktiviti persatuan. Ketika tahun aku SPM, aku ada 3 jawatan persatuan (sikit berbanding kebanyakan kawan2 aku yg rata2 memegang banyak jawatan)  dalam Kelab Astronomi, Kelab Multimedia dan Komputer serta Badan Pendidikan Islam. Tapi bagi aku aktiviti di sekolah takdelah membebankan macam aktiviti di asrama. Tupun nasib baik di asrama jawatan aku AJK ja banding semua kawan2 aku yg  berjawatan EXCO n MT. Budak asrama dan BDK selalunya memang memegang banyak jawatan di sekolah. Kawan asrama aku sendiri pun ada 6/7 orang yang memegang jawatan pengerusi kelab di sekolah. Memang sibuk. Minggu pertama dalam tahun 2011 pun kami senior2 form5 dah busy plan program untuk adik2 form1. Aktiviti sepanjang tahun memang terlalu banyak. Tapi aku tak kisah, sebab apabila buat ramai2, itulah masanya ukhuwah kami semua bertambah rapat. Dengan sikap mereka yang gila-gila dan happy walau dalam keadaan yang stress dengan tekanan untuk menyiapkan kerja, semua kerja terasa mudah. Sungguh, susah bagi aku mencari kawan yang sekepala, sefikrah, yang ukhuwahnya mengkagumkan aku, macam mereka semua. Walaupun aku baru ‘masuk’ dengan mereka tahun itu, memang aku sayangkan mereka semua. Banyak benda yang aku belajar dari mereka.

Ukhuwah kami batch 94 asputri semakin rapat ketika SPM. Sewaktu itu, kami kena duduk di Asdahana untuk memudahkan pengurusan pihak asrama. Waktu itu, alhamdulillah dengan rahmatNya, aku lansung tak merasa stress sepanjang SPM. Dengan sokongan kawan-kawan, belajar bersama-sama, makan bersama-sama, tidur bersama-sama, buang masa pun bersama-sama (menonton TV, khatam drama korea, haha..), pergi balik sekolah bersama-sama, dan juga sokongan keluarga, aku dapat menjalani SPM dengan tenang tanpa ada masalah. Masih kuingat seusai saja paper Biology dan Chemistry jam 4.00 ptg pada minggu ketiga SPM, aku dan 5 orang kawan-kawanku terus naik bas ke Alor Setar konon untuk release tension. Memang rasa lega yang amat bila dah selesai paper yang paling susah tu selepas penat berhempas pulas study lebih seminggu. Kami shopping dalam City Plaza dari tingkat bawah sampai atas sekali dalam uniform sekolah lengkap. Sejam saja kami shopping, terus kami balik asrama. Pada minggu terakhir SPM, kami ramai-ramai buat rombongan ke rumah warden asrama di Kuala Muda. Selesai menikmati jamuan tengahari, kami dijemput pula oleh bekas mak cik kantin asrama ke rumahnya. Rasa macam raya pulak. Dekat 6 buah rumah kami ziarahi hari itu. Pertama kali dalam hidup aku juga waktu itu kak Ina dan Mak Su ajak kami semua naik jambatan Kuala Muda jam 7.00  malam. Pemandangan waktu tu memang sangat cantik dengan kapal-kapal di kuala.  Kami balik hampir jam 8.30 malam lepas solat maghrib sebab kelewatan bas. Nasib baiklah kami tak kena marah dengan warden. Pelbagai kenangan indah yang kami lakarkan bersama ketika itu tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Mereka telah mengajar aku erti ukhuwwah fi sabilllah. Tekanan pembelajaran, asrama, masalah adik-adik, masalah sendiri, tekanan untuk menjadi yang terbaik, pressure ketika mengendali sesebuah program, dan segala susah senang yang kami hadapi bersama berjaya mematangkan kami. Masih kuingat kata2 ketua asrama kami, “masa form 1 atau form 2, kita cenderung bergaduh sesama sendiri, yalah, fikiran masih tak matang, bila naik form 3, sudah mula bergang, form 4, masih selalu berselisih faham, tapi masa ni kita akan mula lebih mengenali kawan-kawan kita kerana mula berkerjasama dalam sesuatu program. Dan bila form 5, kita dah jadi tak kisah kerana kita dah kenal baik buruk mereka. Masa ni jugalah ukhuwah semakin rapat.” Memang benar kata-katanya tu.

Selepas perpisahan lebih 3 bulan, kami bertemu kembali time ambil result SPM. Macam2 perasaan ada waktu nak pergi sekolah tu, nak kata nervous sangat pun x jugak, relax la jugak. Haha.. ntahlah... Aku pakai serba pink ari tu. Saja.. favourite colour aku selepas aku berkawan dengan Rahmah yang sukakan pink. Dari atas sampai bawah semua pink. Jubah je hitam. Aku sampai lewat sikit, kawan2 asrama aku kutuk aku pakai pink. Haha.. biasalah tu. Alhamdulillah.. aku dapat 9A2B SPM 2011. Paling bermakna bila aku terima ucapan tahniah dari mama aku, macam terharu sikit time tu. Paling aku gembira bila aku dapat tahu yang kebanyakan kawan-kawan asrama dapat result yang cemerlang. Aku kagum dengan mereka semua kerana mereka mampu untuk berjaya walau dihimpit kesibukan dan pressure sepanjang tahun. Aku x mention stress di sini kerana mereka hadapi semua tekanan dengan tabah dan ceria. Dan alhamdulillah gang study group aku dapat elok2 semua. Aku, Ida, dan Syifa, dapat 9A, macam kebetulan pulak. Smntara Pah dan Afza dapat 6A dan 5A. Kira oklah tu kan. Kebanyakan dari mereka dah menyambung pelajaran ke universiti, ada yang ambil STAM dan STPM, ada jugak yang masuk matrik. Kawan baik aku di sekolah pulak masuk KITAP, seorang lagi masuk matrik. Teruja jugak mendengar cerita2 mereka yang baru menempuh alam universiti.. huhu.. macam manalah aku nanti..

No comments:

Post a Comment